Toleransi agama di tengah-tengah konflik Palestin-Israel
Agensi
Ogos 16, 2014 07:30 MYT
Ogos 16, 2014 07:30 MYT
Serangan tentera rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza mengakibatkan ratusan ribu penduduk di wilayah sempit itu kehilangan tempat tinggal. Sejak serangan berterusan yang bermula pada 8 Julai itu, mereka menumpang di rumah sanak-saudara atau pusat pemindahan yang disediakan oleh agensi antarabangsa.
Sebuah gereja Kristian Ortodoks Greek di Gaza City turut membuka pintunya memberikan perlindungan kepada mereka yang terlibat termasuk orang Islam. Keluarga Islam ini menumpang di gereja itu sejak bulan Ramadan yang lalu.
Kebanyakan mereka datang dari daerah Shijaiyah yang teruk dibedil dari udara dan diserbu oleh tentera rejim Israel pada akhir Julai lalu.
Ini sebahagian daripada suasana yang dirakamkan oleh jurugambar agensi berita The Associated Press, Lefteris Pitarakis sekitar akhir Julai lalu.