Tokyo tuan rumah Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Kepulauan Pasifik pada Julai

Bernama
Februari 2, 2024 05:15 MYT
Menurut Hayashi, mesyuarat itu sangat penting untuk mengukuhkan kerjasama dalam kalangan rakan kongsi. - Gambar fail/Reuters
MOSCOW: Jepun akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Kepulauan Pasifik (PALM) ke-10 di Tokyo dari 16-18 Julai, menurut Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi pada Jumaat.
"PALM ke-10 pada 16-18 Julai akan dibuka di Tokyo, perkara itu telah dipersetujui. Sidang kemuncak ini bermula dan ditubuhkan pada tahun 1997 dan diadakan tiga tahun sekali," kata Hayashi dalam sidang media, lapor Sputnik.
Beliau berkata, Jepun berharap untuk memperluas "lingkaran kerjasama" dengan negara kepulauan Pasifik dan menyertai usaha-usaha dalam bidang seperti perubahan iklim
Menurut Hayashi, mesyuarat itu sangat penting untuk mengukuhkan kerjasama dalam kalangan rakan kongsi. - BERNAMA
#Jepun #lingkaran kerjasama #rakan kongsi #palm
;