Tokyo rekod 280 kes baharu COVID-19, angka harian tertinggi

Agensi
Julai 16, 2020 17:32 MYT
Pada Rabu, Tokyo berada pada fasa amaran 'merah' selepas merekodkan kadar peningkatan jangkitan kes baharu COVID-19 secara mendadak. - Gambar REUTERS/Kim Kyung-Hoon
Sebanyak 280 kes baharu COVID-19 direkodkan di Jepun pada Khamis dalam tempoh 24 jam.
Gabenor Tokyo, Yuriko Koike berkata, jumlah kes harian yang menghampiri 300 kes itu adalah yang tertinggi di Tokyo sejak wabak tersebut dikesan di negara matahari terbit itu.
Jelas Koike, lebih 4,000 ujian saringan telah dijalankan dalam tempoh satu hari, menyifatkan ujian tertinggi yang dicatatkan setakat ini.
Pada Rabu, Tokyo berada pada fasa amaran 'merah' selepas merekodkan kadar peningkatan jangkitan kes baharu COVID-19 secara mendadak.
Jumlah kes baharu jangkitan COVID-19 mencatatkan peningkatan selepas negara itu menarik balik perintah darurat termasuk di Tokyo.
Setakat ini, Jepun merekodkan lebih 22,000 kes COVID-19, dengan kira-kira 1,000 kematian berkaitan pandemik tersebut.
#COVID-19 #Jepun #kes positif baharu #koronavirus #Tokyo
;