Tokyo rancang buka semula sektor perniagaan secara berperingkat

Agensi
Mei 15, 2020 05:18 MYT
Sekiranya kes harian di Tokyo mencatatkan kurang daripada 20 kes, ada kemungkinan sekatan di bandar itu akan diloggarkan termasuk membuka semula sektor perniagaan. - Gambar hiasan
Gabenor Tokyo sedang merancang untuk membuka semula perniagaan secara berperingkat ketika Jepun bersiap sedia untuk menarik balik perintah darurat hujung bulan ini.
Yuriko Koike memaklumkan, kes harian Tokyo perlu turun sehingga di bawah 20 kes sebelum sekatan dapat dikurangkan.
Katanya, sekiranya trend didapati menurun, sekatan tehadap aktiviti sosial dan ekonomi dapat dilonggarkan.
“Secara faktanya, Tokyo masih dalam keadaan darurat. Tokyo masih lagi berada di tengah-tengah krisis penyebaran jangkitan dan kami masih berada dalam keadaan berwaspada,” ujarnya.
Perdana Menteri, Abe Shinzo mengumumkan penamatan tempoh darurat di semua wilayah, kecuali lapan wilayah, termasuk Tokyo, Osaka, Kyoto dan Hokkaido yang didapati masih berisiko.
Abe juga memberitahu akan mengadakan pertemuan bersama pakar pada minggu depan bagi memutuskan tindakan selanjutnya.
Kes baharu setiap hari meningkat menjadi sekitar 200 kes di Tokyo pada April, mendorong ketakutan terhadap lonjakan semula jumlah jangkitan.
Kementerian Kesihatan Jepun merekodkan 16,200 kes positif dengan 710 kematian.
#Abe Shinzo #buka semula perniagaan #COVID-19 #darurat #ekonomi #jangkitan #Jepun #kelonggaran #kesihatan #sekatan #Tokyo #waspada #Yuriko Koike
;