Tokyo masih gagal bebas tebusan IS

Agencies
Januari 27, 2015 05:58 MYT
Pada hujung minggu lepas, kumpulan militan IS menyebarkan visual yang menunjukkan tebusan kedua wargaJepun dibunuh. - Gambar Fail
Tokyo masih gagal mencapai perkembangan baru dalam usaha untuk membebaskan wartawan yang ditahan kumpulan militant negara Islam (IS).
Timbalan Menteri Luar Jepun yang berada di Amman menyatakan kerjasama sedang diwujudkan kini untuk membebaskan Kenji Goto dan seorang juruterbang Jordan yang ditahan kumpulan militan bulan lepas.
Ketika ini harapan Jepun adalah hubungan diplomatik dengan Jordan.
Juruterbang berkenaan adalah tentera asing pertama yang ditahan kumpulan militan sejak serangan amerika dan sekutunya pada September.
Pada hujung minggu lepas, kumpulan militan IS menyebarkan visual yang menunjukkan tebusan kedua wargaJepun dibunuh.
Jepun kini mengesahkan video berkenaan sebagai sahih, secara lansung mengakui kematian Haruna Yukawa.
Ketika ini kumpulan militan inginkan penukaran tahanan dan menamatkan permintaan USD200 juta yang dimaklumkan sebelum ini.
#haruna yukawa #IS #negara Islam #Tokyo