Tokyo lapor enam kematian akibat strok haba
Bernama
Julai 9, 2024 21:00 MYT
Julai 9, 2024 21:00 MYT
TOKYO: Enam orang maut akibat strok haba pada hujung minggu di Tokyo, menurut pihak berkuasa perubatan tempatan pada Selasa.
Jepun ketika ini menghadapi gelombang haba luar biasa di tengah-tengah kelembapan musim panas, lapor Xinhua.
Menurut Pejabat Pemeriksa Perubatan Tokyo, tiga kematian dilaporkan pada Sabtu dan tiga lagi pada Isnin.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun, Tokyo menyaksikan suhu tertinggi tahun ini sepanjang hujung minggu. Suhu di ibu negara Jepun meningkat kepada 34.2?C dan mencapai 36?C pada dua hari berkenaan.
Gelombang haba baru-baru ini telah menyebabkan peningkatan kes strok haba di seluruh Jepun.
Kira-kira 9,105 orang telah dibawa ke bilik kecemasan di seluruh negara akibat strok haba minggu lalu, menurut Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi.
Ia menandakan peningkatan ketara sebanyak 6,800 kes berbanding minggu sebelumnya, yang mencatatkan 2,276 kes.
Bilangan pesakit strok haba tahun ini hampir dua kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas, yang mencatatkan 4,026 kes.
Antara kes terbaru, 19 orang telah meninggal dunia dan 210 dalam keadaan serius.
Menggesa orang ramai untuk mengambil langkah pencegahan terhadap strok haba,
Pihak berkuasa mengesyorkan orang ramai agar sentiasa terhidrat dan menggunakan penyaman udara dengan sewajarnya untuk mengatasi cuaca panas melampau.
-- BERNAMA