Tokyo keluar amaran COVID-19
Astro Awani
Jun 2, 2020 06:37 MYT
Jun 2, 2020 06:37 MYT
Jepun mengeluarkan amaran COVID-19 di ibu negara Tokyo seminggu selepas kerajaan menarik semula perintah sekatan.
Gabenor Tokyo, Yuriko Koike memaklumkan amaran dikeluarkan susulan peningkatan kes jangkitan dengan 34 kes baharu dilaporkan di bandar itu.
“Amaran Tokyo ini bertujuan memaklumkan penduduk bandar berhubung status jangkitan dan dengan ini saya berharap penduduk akan lebih berwaspada, elakkan hiburan malam dan amalan 3C,” katanya.
Amaran ini juga dikeluarkan ketika sektor perniagaan Tokyo memulakan kembali operasi.
Pakar berpendapat kes baharu memberi bayangan peningkatan pergerakan rakyat sejak pertengahan Mei.
Sektor ekonomi pegun selama tujuh minggu susulan pelaksanaan perintah darurat.
Jepun memperkenalkan pelan dasar tiga fasa untuk kelangsungan ekonominya.
Di bawah fasa kedua, beberapa sektor perniagaan seperti panggung wayang, gimnasium dibenarkan berperasi.
Jepun sehingga kini mencatat lebih 5,000 kes dengan lebih 300 kematian.