Bandaraya Tokyo dipilih sebagai tuan rumah Olimpik tahun 2020 dan Sukan Paralimpik.

Ibu kota Jepun itu mengenepikan Istanbul dan Madrid dalam pusingan akhir undian oleh Jawatankuasa Antarabangsa Olimpik (IOC) di Buenos Aires.

Tokyo menewaskan Istanbul dengan undian 60-36.

Bandaraya Madrid pula disingkirkan pada pusingan awal undian.

Kejayaan menjadi tuan rumah sukan berprestij itu disambut gembira delegasi Tokyo.

Ia bermakna Tokyo akan menganjurkan sukan itu untuk pertama kali sejak tahun 1964.

Klik untuk berita sepenuhnya.