Tokoh politik sertai tunjuk perasaan sokong komuniti Asia-Amerika

Agensi
Februari 28, 2021 12:00 MYT
De Blasio meminta sentimen kebencian terhadap Asia yang semakin meningkat ketika ini dihentikan. - Foto REUTERS
NEW YORK: Tokoh politik terkemuka di New York, Amerika Syarikat memimpin tunjuk perasaan di Manhattan pada Sabtu bagi menyokong komuniti Asia-Amerika yang menjadi sasaran beberapa siri keganasan dan jenayah kebencian baru-baru ini.
Antara yang hadir ialah pemimpin Senat, Chuck Schumer, Peguam New York, Letitia James dan Datuk Bandar Bill De Blasio.
De Blasio dalam ucapannya menggesa sentimen kebencian terhadap mereka yang berketurunan Asia yang semakin meningkat ketika ini dihentikan.
“Kami tidak dapat menerima sentimen kebencian di New York. Hentikan.
“Inilah mesej yang harus kita sampaikan bukan hanya di New York tetapi juga di seluruh negara ini. Hentikan kebencian terhadap orang Asia, hentikan sekarang," tegasnya.
Komuniti Asia-Amerika di New York menjadi mangsa serangan rambang dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Ini mendorong pihak berkuasa bandaraya itu untuk memperbaharui usaha menghentikan serangan tersebut.
#New York #Asia #politik #mangsa #keganasan #serangan
;