'Tirai besi' Korea Utara dibolosi, kes COVID-19 pertama dikesan

Astro Awani
Mei 12, 2022 09:25 MYT
Korea Utara secara rasmi mengesahkan kes COVID-19 pertama di negara itu pada Khamis. -Gambar fail/Reuters
PYONGYANG: Korea Utara secara rasmi mengesahkan kes COVID-19 pertama di negara itu pada Khamis.
Media kerajaan melaporkan sub-varian virus Omicron yang sangat mudah merebak dikenali sebagai BA.2, telah dikesan di Pyongyang.
"Terdapat insiden kecemasan terbesar di negara ini selepas lebih dua tahun mengekang penularan wabak berkenaan," kata media kerajaan seperti dilapor Reuters.
Laporan tersebut bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai angka kes atau kemungkinan sumber jangkitan.
Laporan itu diterbitkan ketika pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mempengerusikan mesyuarat Parti Pekerja untuk membincangkan tindak balas terhadap wabak pertama COVID-19.
Korea Utara sebelum ini mendakwa negara itu bebas COVID-19 tetapi mengambil pendekatan dan tindakan tegas membendung penularan seperti kawalan ketat di sempadan sejak awal 2020.
#COVID-19 #Korea Utara #Omicron #Kim Jong Un
;