Tinggalkan rokok selepas diberi susu, biskut

Agensi
Ogos 22, 2018 19:45 MYT
Rapi Ananda Pamungkas tunjuk perkembangan positif untuk meninggalkan tabiat buruk itu selepas diberi susu, biskut dan alat mainan. - YouTube/The Sun
KANAK-KANAK lelaki berusia dua tahun di Indonesia yang tular kerana tabiat merokok, dilaporkan sudah mula meninggalkan tabiat buruk itu.
Media antarabangsa melaporkan, Rapi Ananda Pamungkas, yang sebelum ini merokok sehingga dua kotak sehari, kini sudah tidak meminta rokok selepas diberi susu dan biskut.
Ibu Rapi, Maryati, memberitahu anaknya itu diberi rokok untuk menenangkannya, dan akan mengamuk jika kehendaknya tidak dipenuhi.
Selepas kisahnya tular, beberapa pihak, antaranya pihak jabatan kesihatan dan doktor, melawat Rapi dan keluarganya di kediamannya mereka di Sukabumi.
Selain bekalan makanan susu dan biskut serta alat mainan selama setahun, mereka juga memberikan Maryati nasihat bagaimana mahu mengelakkan Rapi merokok.
"Antara cara yang boleh digunakan adalah menunjukkan gambar-gambar mengerikan tentang kesan merokok. Kami juga akan terus memantau keadaan Rapi selepas ini," kata Maman Surahman, Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Cibadak.
Maryati memaklumkan, Rapi sudah tidak merokok sejak Isnin lalu.
"Sudah beberapa hari dia tidak minta rokok. Malah apabila nampak rokok, dia hanya tengok sahaja," kata Maryati.
#Indonesia #Kanak-kanak #kesihatan #merokok #perubatan #Rapi Ananda Pamungkas
;