Tindakan terhadap pemimpin pembangkang Rusia tidak adil - Biden
Astro Awani
April 19, 2021 08:41 MYT
April 19, 2021 08:41 MYT
PRESIDEN Amerika Syarikat, Joe Biden menegaskan tindakan Rusia terhadap pemimpin pembangkang yang dipenjarakan, Alexei Navalny, adalah tidak adil sama sekali dan tidak berpatutan.
“Ia benar-benar tidak adil, tidak wajar, apatah lagi diracun dan kemudian dia mogok lapar,” kata Biden ketika menjawab pertanyaan media pada Sabtu.
Doktor peribadi Navalny memaklumkan bahawa kesihatan Navalny merosot dengan cepat dan lelaki berusia 44 tahun itu mungkin berada di ambang kematian.
Doktornya bagaimanapun tidak dibenarkan mengunjungi Navalry.
Pada 31 Mac, Navalny, pembangkang paling kuat Presiden Vladimir Putin mengadakan mogok lapar menuntut rawatan perubatan sewajarnya kepada sakit yang dialaminya.
Dia dipenjara pada Februari dan ketika ini menjalani hukuman penjara dua tahun tiga bulan.