Taylor Swift menunjukkan kemurahan hati dengan memberi sumbangan besar kepada seorang pesakit leukemia berusia 11 tahun yang juga merupakan peminat setianya.
Anak kecil bernama Naomi yang sedang melawan penyakit itu begitu terharu apabila menerima mesej daripada Taylor Swift di laman GoFundMe, laman yang dibuka oleh ahli keluarga Naomi untuk meminta sumbangan kewangan bagi menampung pembayaran kos rawatannya.
Difahamkan penyanyi Pop tersebut telah menghulurkan sumbangan sebanyak AS$50,000 (kira-kira RM190,000) bagi rawatan kanak-kanak tersebut.
Reaksi Naomi membaca mesej tersebut juga telah dirakam oleh ahli keluarganya dan video tersebut telah dimuat naik di laman YouTube.
Dalam video berdurasi seminit itu, kegembiraan Naomi jelas kelihatan ketika membaca mesej daripada idolanya, Taylor Swift.
Difahamkan, Naomi didiagnosis menghidap penyakit leukemia pada 25 Jun dan terlepas menghadiri salah satu konsert Taylor Swift yang berlangsung baru-baru ini.
Mesej Taylor Swift pada GoFundMe berbunyi: 'Kepada Naomi yang cantik dan berani, saya minta maaf, anda terlepas konsert saya, tetapi saya akan anjur lebih banyak konsert pada masa akan datang. Sekarang, mari kita fokus kepada kesihatan anda. Saya kirimkan doa kepada anda dan keluarga.”
Selain Naomi yang begitu terharu dengan kemurahan hati penyanyi terkemuka itu, peminat Taylor Swift lain juga tidak melepaskan peluang memuji penyanyi tersebut di media sosial.
Kohilah Sekaran
Thu Jul 09 2015
Taylor Swift menunjukkan kemurahan hati dengan memberi sumbangan wang sejumlah AS$50,000 kepada seorang pesakit leukemia berusia 11 tahun yang juga merupakan peminat setianya.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
'Syukur, Akif akhirnya dapat dipindahkan ke HSA' - Ibu mangsa
Ku Amazon berkata, mereka bersyukur apabila hasrat untuk membawa Akif dari Hospital NUH Singapura ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru tercapai.
Keyakinan Najib RM2 bilion adalah derma dari Arab Saudi munasabah - Peguam
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa keyakinan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa RM2 bilion merupakan derma dari Arab Saudi adalah munasabah.
Djokovic derma kemenangan emas Olimpik buat misi kemanusiaan
Juara Grand Slam 24 kali itu jelas beremosi selepas memastikan kemenangan untuk negaranya dengan kemenangan 7-6 7-6 ke atas pesaingnya.
Banduan derma gaji bekerja di penjara bantu warga Palestin
Hantaran Mashouf mengenai sumbangan Hamza itu pantas menjadi tular dengan lebih 24,000 suka dan mendapat lebih 8,200 ciapan semula.
Selangor salur RM1 juta bantuan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin
Bantuan itu diharapkan menjadi sebahagian daripada usaha kolektif bagi mengangkat prinsip keadilan serta menentang keganasan.
Gempa bumi Turkiye, Syria: Angelina Jolie rayu derma untuk bantu mangsa
Pelakon Hollywood yang juga aktivis hak asasi manusia Angelina Jolie pada Sabtu merayu agar derma disalurkan kepada Turkiye dan Syria.
Indonesia di kedudukan teratas dunia sebagai negara 'Most Generous'
Lapan daripada 10 orang rakyatnya menderma dalam bentuk kewangan manakala enam daripada 10 menyumbang sebagai sukarela.
Tiada wang ringgit bukan halangan untuk menderma di bulan Ramadan
Susu Goodday dengan kerjasama ERA dan GEGAR menyantuni golongan kurang bernasib baik & terjejas COVID-19 pada Ramadan tahun ini menerusi kempen 'Goodday Berkat Sepakat'.
Janji Allah kepada mereka yang bersedekah di bulan Ramadan
Yakinlah, janji Allah itu pasti bagi mereka yang memperbanyakkan sedekah di bulan Ramadan.
Pink Floyd hasilkan lagu demi kumpul dana buat Ukraine
Hasil jualan lagu itu akan disalurkan kepada dana bantuan kemanusiaan Ukraine.