Tindakan pakar bedah pujuk pesakit kanak-kanak dipuji
Kohilah Sekaran
September 22, 2015 14:10 MYT
September 22, 2015 14:10 MYT
Beberapa keping gambar seorang pakar bedah dukung seorang pesakit kanak-kanak perempuan yang sedang menangis dalam bilik pembedahan mula viral di media sosial, sehingga mengundang pelbagai reaksi.
Menerusi satu kenyataan Facebook, People Daily, China melapor bahawa pakar bedah yang dikenali sebagai Shi Zhou sedang memujuk serta menenangkan pesakitnya dengan menunjukkan video kartun di dalam telefon bimbitnya kerana kanak-kanak itu mula menangis sebelum pembedahan dijalankan.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut perlu menjalani pembedahan jantung di Hospital Kanak-Kanak Zhejiang di Timur China pada 18 September lalu.
Gambar dari Facebook People's Daily, China
Menurut posting tersebut, tindakan itu telah menyebabkan gadis tersebut leka sehingga tidak menyedari kehadiran seorang pakar bius yang kemudiannya membuatkan kanak-kanak itu tertidur.
Gambar dari Facebook People's Daily, China
Pembedahan kemudian telah berjaya dijalankan.
Sementara itu, netizen tidak melepaskan peluang untuk memuji tindakan pakar bedah tersebut di media sosial.
Gambar dari Facebook People's Daily, China
Menurut mereka, tindakan Dr Shi menunjukkan kesetiaan beliau dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.
Malah, mereka juga berkata, kebijaksaan serta kasih sayang Dr Shi menangani situasi sebegitu patut diteladani oleh pakar perubatan yang lain.
“Kanak-kanak itu sangat cantik untuk tidak dipandang, jadi gambar tersebut diterima positif begitu cepat” jawab Dr Shi apabila ditanya berkenaan reaksi positif yang diterima berhubung gambar beliau.