Tindakan Israel cabuli hak asasi Palestin
Astro Awani
Februari 1, 2013 09:55 MYT
Februari 1, 2013 09:55 MYT
Jelas mencabuli hak asasi rakyat Palestin, itulah kesimpulan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) ke atas dasar penempatan haram yahudi di wilayah Palestin.
Kesimpulan tersebut terkandung dalam laporan pertama oleh badan dunia itu berhubung tindakan berterusan rejim zionis memperluaskan kuasa dengan membuat penempatan haram di tanah milik Palestin.
PBB melalui majlis hak asasinya turut menggesa Israel segera menghentikan pembinaan penempatan.
Keputusan dibuat hakim Perancis, Christine Chanet yang mengetuai panel disertai 47 negara itu.
Keputusan itu walaupun tidak menjejaskan Israel berupaya menjadikan hubungan PBB-Israel tegang.
Antara lain, hakim memutuskan Israel mencabuli undang-undang kemanusiaan antarabangsa di bawah Konvensyen Ke-Empat Geneva dengan membina penempatan di tanah milik Palestin.
Ia laporan pertama PBB secara menyeluruh menyentuh atas dasar israel sejak perang asia barat pada 1967.
Laporan PBB sebelum ini tidak menyentuh dasar sebaliknya hanya mengecam tindakan Israel dalam insiden tertentu seperti serangan di Gaza pada 2009.
Lebih 5 ribu warga Israel mendiami penempatan di tebing barat dan timur Baitulmaqdis yang diharap Israel menjadi ibu kotanya satu hari nanti.
Israel menguasai timur Baitulmaqdis yang didiami Palestin selepas perang Asia Barat.