Timut laut New York dilanda banjir, ombak kuat

Astro Awani
September 25, 2023 09:00 MYT
Ombak yang dijana oleh Ophelia akan menjejaskan pantai timur negeri itu sepanjang hujung minggu. - Foto AP
NEW YORK: Ribut tropika Ophelia yang sudah melemah, masih membawa ancaman banjir kepada kawasan timur laut bandar New York di Amerika Syarikat (AS).
Pusat Taufan Nasional memberi amaran bahawa ombak yang dijana oleh Ophelia akan menjejaskan pantai timur negeri itu sepanjang hujung minggu.
Ophelia juga dijangka menyebabkan 2.5 hingga 7.6 sentimeter hujan tambahan di bahagian mid-Atlantic dan New England.
Banjir akibat kenaikan air sungai juga mungkin berlaku.
Beberapa komuniti pantai New Jersey, termasuk Atlantic City, mengalami banjir pada Sabtu.
Ia menyebabkan ribuan penduduk di negeri itu terputus bekalan elektrik pada Ahad.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan juga melaporkan banyak komuniti mengalami banjir akibat kenaikan air laut.
Keadaan itu memaksa penutupan jalan dilakukan di pantai Delaware.
#Ribut Tropika #Ophelia #banjir #hujan lebat
;