Timur Afghanistan digegarkan lagi dengan gempa bumi, ragut lima nyawa, 10 cedera

Bernama
Jun 24, 2022 20:49 MYT
Gempa bumi berukuran 4.3 pada skala Richter itu berlaku pada 01:43 GMT dengan kedalaman 10 kilometer (km). - Foto REUTERS
KABUL: Lima orang maut manakala lebih 10 lagi cedera dalam satu lagi gempa bumi yang melanda wilayah Paktika, di timur Afghanistan pada Jumaat, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Afghanistan, Sharafat Zaman, lapor Sputnik.
Gempa bumi berukuran 4.3 pada skala Richter itu berlaku pada 01:43 GMT dengan kedalaman 10 kilometer (km).
"Malangnya, kami sekali lagi mendapat berita buruk dari Paktika. Hari ini berlaku satu lagi gempa bumi di wilayah Gayan," kata Zaman.
BACA: Angka kematian akibat gempa bumi di Afghanistan cecah 1,000
Pada Rabu, gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda timur Afghanistan, menyebabkan lebih 1,000 terbunuh dan 1,500 yang lain cedera menyaksikan wilayah Paktika dan Khost antara kawasan paling teruk terjejas.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Afghanistan #Paktika #Sharafat Zaman
;