Timbalan presiden Argentina mempertahankan cadangan kerajaan
Astro Awani
Mac 31, 2013 07:06 MYT
Mac 31, 2013 07:06 MYT
Timbalan presiden Argentina dan pakar ekonomi kanan negara itu Amado Boudou mempertahankan cadangan kerajaan membayar hutang asing berjumlah $1.4 bilion (RM4.33 billion) yang dipinjamnya daripadanya kreditor antarabangsa.
Pembayaran berkenaan adalah dalam bentuk tunai dan bon kepada pembiaya hutang luar berkenaan.
Antara kreditor berkenaan ialah hartawan terkenal dari Amerika Syarikat Paul Singer dan golongan pencen yang kebanyakan hilang wang simpanan ketika krisis ekonomi Argentina pada 2001-2002 lepas.
Pelabur ini mendesak supaya dibayar sepenuhnya secara tunai termasuk kadar faedah dan penalty.
Dikatakan 93 peratus daripada pembiaya hutang berkenaan telah bersetuju dengan terma pembayaran berkenaan/
Sejak krisis ekonomi lalu, Argentina tidak pernah membayar hutang luarnya.
Sebaliknya kerajaan menawarkan terbitan bon baru yang membayar kurang 30 sen (93 sen) daripada setiap $1 (RM3.09)yang dihutangnya.
Menerusi cadangan pembayaran itu, pelabur kecil-kecilan akan menerima tunai manakala pelabur institusi kebanyakannya akan menerima campuran bon dan tunai.
Kongres Argentina dijangka meluluskan satu rang undang-undang baru sekiranya mahkamah meluluskan cadangan pembayaran berkenaan.