Timbalan Perdana Menteri Laos maut dalam kemalangan pesawat lapor Bangkok Post

Astro Awani
Mei 17, 2014 15:33 MYT
Douangchay Phichit - Foto AFP
Timbalan Perdana Menteri Laos, Leftenan Jeneral Douangchay Phichit dilaporkan terkorban dalam satu nahas pesawat di wilayah Xiangkhouang, timur laut Laos awal pagi tadi.
Menurut laporan Bangkok Post, pesawat yang dinaiki Douangchay yang juga Menteri Pertahanan itu terhempas kira-kira jam 6.30 pagi.
Turut sama dalam pesawat tersebut Gabenor Vientiane, Soukanh Mahalath serta sekretariat jawatankuasa pusat parti , Cheuang Sombounkhanh.
Punca nahas masih belum diketahui.
Laporan awal menyebut, pesawat AN74-300 itu membawa 18 hingga 20 penumpang.
Pesawat itu dalam perjalanan menuju ke Xiangkhouang untuk satu majlis rasmi namun terhempas sebelum mendarat.
#Douangchay Phichit #laos #pesawat #terhempas
;