TikTok saman kerajaan AS

Astro Awani
Mei 8, 2024 09:15 MYT
Saman difailkan di Mahkamah Rayuan Daerah Colombia atas alasan ia mencabuli perlembagaan. - Foto fail/REUTERS
NEW YORK: TikTok dan syarikat induknya di China, ByteDance memfailkan saman di Amerika Syarikat (AS) untuk menyekat pengharaman aplikasi itu.
Saman difailkan di Mahkamah Rayuan Daerah Colombia atas alasan ia mencabuli Perlembagaan.
Ini termasuk pindaan bagi perlindungan kebebasan bersuara.
Presiden Joe Biden pada 24 April lalu meluluskan undang-undang yang memberi tempoh ByteDance sehingga 19 Januari untuk melepaskan kepentingan dalam TikTok.
Sekiranya gagal, aplikasi itu akan diharamkan di AS,
TikTok kini digunakan sekitar 170 juta penduduk negara itu.
#TikTok #saman #mencabuli perlembagaan #ByteDance
;