Tiket semurah RM6 kerana gangguan teknikal, syarikat penerbangan China tidak batal tiket
Agensi
November 12, 2023 13:20 MYT
November 12, 2023 13:20 MYT
SYARIKAT penerbangan China Southern Airlines berkata pihak mereka akan menghormati penjualan tiket berharga semurah RM6.45 semasa gangguan teknikal yang berlaku selama dua jam pada aplikasi dan platform tempahan tiket, minggu lalu.
Kekecohan timbul apabila pengguna melaporkan banyak tiket penerbangan boleh dibeli pada harga 10, 20 atau 30 yuan (RM6.45 hingga RM19.36) pada aplikasi China Southern.
Satu tangkapan skrin yang beredar dalam talian menunjukkan tiket dari Chengdu ke Beijing berharga hanya 10 yuan, berbanding harga minimum biasa 400 hingga 500 yuan (kira-kira RM258 hingga RM322).
Tangkapan skrin dalam talian lain menunjukkan harga murah ditawarkan selama kira-kira dua jam merentasi beberapa platform tempahan tiket, termasuk Trip.com.
Di samping harga itu, pembeli dikehendaki membayar sekurang-kurangnya 110 yuan (RM110) sebagai yuran lapangan terbang dan surcaj bahan api.
"Penumpang boleh menggunakannya tiket berkenaan seperti biasa," kata China Southern yang berpangkalan di Guangzhou, sambil menambah ia hanya terpakai jika tiket sudah dibayar dan dikeluarkan.