Tiga wilayah di Indonesia dilanda gempa
Bernama
Disember 9, 2018 13:56 MYT
Disember 9, 2018 13:56 MYT
Tiga wilayah di republik Indonesia dilanda gempa sepanjang tempoh kira-kira 10 jam bermula tengah malam tadi.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG), gempa terbaharu bermagnitud 5.0 pada skala Richter berlaku pada 9.50 pagi waktu Indonesia Barat di wilayah Pangandaran, Jawa Barat.
Kejadian itu berpusat di 160 kilometer barat daya Pangandaran-Jabar, lapor Bernama yang memetik kenyataan BMKG.
Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini.
Menurut agensi itu, kejadian pertama berskala 5.1 menggegarkan Bengkulu Utara pada 12.45 tengah malam, berpusat di 57 km barat daya Bengkulu Utara.
Gempa bumi kedua dengan kekuatan 3.1 pada skala Richter berlaku di Mamasa, berpusat enam kilometer timur Kacamatan Sesenapadang pada 8.48 pagi.
Pihak berkuasa Indonesia sedang memantau perkembangan dan setakat ini kejadian berkenaan tidak mencetuskan tsunami.
Media tempatan melaporkan penduduk di kawasan terbabit berada dalam keadaan tenang dan berjaga-jaga terhadap gempa susulan.
#Badan Meteorologi
#Bengkulu Utara
#gempa bumi
#Geofisika
#Indonesia
#Klimatologi
#Pangandaran-Jabar
#Richter