Tiga wanita ditahan berbogel di khalayak umum, lima lagi kerana dadah

Agensi
Januari 16, 2018 09:32 MYT
Sebahagian wanita yang ditahan dalam operasi Biro Narkotik republik itu baru-baru ini. - Gambar Pasukan Polis Singapura
Tiga daripada lapan wanita ditahan kerana berbogel di khalayak umum dalam satu serbuan di premis hiburan, kata polis dalam kenyataan media pada Isnin.
Lima lagi wanita ditahan atas kesalahan dadah.
Operasi bersepadu yang dilakukan Biro Narkotik pada minggu lalu selama enam jam bermula 11 malam.
"Tiga daripada wanita yang ditahan dikatakan berbogel di khalayak ramai. Manakala dua daripada mereka didapati melanggar undang-undang imigresen dan pekerjaan," lapor portal Channel News Asia.
Portal itu difahamkan, kesemua wanita terbabit ditahan di Plaza Cuppage.
Siasatan ke atas suspek sedang dijalankan, kata polis.
#berbogel #Dadah #Plaza Cuppage #Singapura #wanita
;