Tiga tertuduh bakal buat pengakuan tidak bersalah

Astro Awani
Januari 9, 2013 14:14 MYT
Perkembangan perbicaraan kes rogol dan bunuh ke atas pelajar perubatan di India. Tiga daripada lima tertuduh bakal membuat pengakuan tidak bersalah atas semua tuduhan berkenaan.
Menurut peguam mereka, ketiga-tiga anak guamnya itu patut mendapat perbicaraan yang adil.
Bagaimanapun nasib dua lagi suspek tidak diketahui.
Mereka sebelum ini dilaporkan akan mengemukakan bukti di mahkamah dan sebagai balasan akan mendapat hukuman yang lebih ringan.
Kesemua suspek berdepan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwa raya juga dilaporkan mempunyai bukti kukuh dalam kes berkenaan.
Seorang lagi suspek yang berusia 17 tahun, akan dibicarakan di mahkamah juvana.
Perbicaraan akan disambung Khamis ini.
16 Disember lalu, seorang pelajar dirogol beramai-ramai sebelum dihumban keluar dari bas.
Dia meninggal dunia di hospital di Singapura akibat kecederaan parah.
#India #mahkamah #rogol beramai-ramai
;