Tiga syarikat penerbangan batal laluan Sinai

Agensi
November 2, 2015 10:46 MYT
Laluan tersebut hanya akan dibuka semula selepas punca nahas pesawat Rusia itu diketahui. -Foto AFP
Beberapa syarikat penerbangan iaitu Lufthansa, Emirates dan Air France mengumumkan menghentikan laluan penerbangan Sinai atas faktor keselamatan.
Laluan tersebut hanya akan dibuka semula selepas punca nahas pesawat Rusia itu diketahui.
Mac lalu, Jabatan Penerbangan Amerika Syarikat menasihatkan pesawat awam negara itu supaya mengelak terbang di kawasan Sinai lebih rendah daripada paras 26,000 kaki.
Sebelum ini, kumpulan militan IS mengaku bertanggungjawab menjatuhkan pesawat komersial yang membawa 224 penumpang dan anak kapal itu.
Bagaimanapun dakwaan itu disangkal pihak berkuasa Mesir dan Rusia.
Serpihan pesawat dan mayat penumpang bertaburan di kawasan seluas enam hingga lapan kilometer, kira-kira 100 kilometer dari bandar El-Erish.
#kairo #Nahas #nile tv #pesaat #Rusia Rosaviatsiya #sharif ismail #Sinai #Vladimir Putin
;