Tiga serangan di Amerika Syarikat dalam 24 jam mungkin tindakan pengganas

AFP
September 19, 2016 11:37 MYT
Motif kejadian serangan yang berlaku di tiga lokasi di Amerika Syarikat masih belum jelas. - Gambar AFP
Tiga serangan berasingan yang berlaku di Amerika Syarikat dalam masa sehari – insiden letupan di Manhattan, New York, serangan tikam di kompleks beli-belah Minnesota dan letupan bom paip di New Jersey kini disiasat kemungkinan kaitannya dengan serangan pengganas.
Pihak berkuasa berkata bahawa tiada bukti yang menunjukkan kesemua serangan itu saling berkait namun tempoh masa ketiga-tiga serangan berlaku mencetuskan rasa bimbang tentang faktor keselamatan.
Saksi serangan di New York
Ia juga menjadi isu yang panas di Amerika kerana pilihan raya presiden antara Hillary Clinton dan Donald Trump yang menyaksikan perbezaan pandangan.
MESTI BACA: Letupan di New York: Tiada rakyat Malaysia dilapor cedera
Sejumlah 29 orang cedera sewaktu insiden letupan di kawasan Chelsea, New York pada Sabtu malam yang telah merosakkan bangunan di sekitar kawasan itu serta serpihan kaca dan serpihan dari ledakan bom tersebut.
Bahan kedua dipercayai bom yang terletak sejauh empat blok telah ditemui oleh pihak polis dan telah dinyahaktif sebelum melalui proses pemeriksaan seterusnya.
Beberapa jam sebelumnya, kira kira 160 kilometer ke selatan New Jersey, sebuah bom paip telah meledak di dalam sebuah tong sampah berdekatan acara larian Marine Corps. Begitupun, tiada sebarang kecederaan berlaku, hanya acara larian terpaksa dibatalkan.
Tiada warga Malaysia terlibat letupan di New York
Lebih 1,930 kilometer ke barat, seorang penyerang didakwa berbangsa Amerika-Somalia telah menikam pengunjung di sebuah pusat beli-belah di St. Cloud, Minnesota dan telah mencederakan sembilan orang sebelum ditembak mati oleh seorang pegawai polis yang di luar waktu bertugas pada ketika itu.
Pihak berkuasa AS berkata, kesemua motif serangan adalah tidak jelas namun pegawai rasmi yang dilantik bagi menguruskan hal itu tidak menolah kaitan serangan tersebut dengan keganasan.
“Jika anda melihat kepada jumlah insiden ini, anda boleh memanggilnya apa sahaja – tetapi ia tetap keganasan,” kata Gabenor Republik New Jersey Chris Christie, seorang ahli penting dalam kempen Trump kepada CNN.
#keganasan #letupan New York #serangan Amerika Syarikat #serangan New York
;