Tiga pelajar sekolah warga Perancis cedera dalam serangan di London
Reuters
Mac 22, 2017 01:53 MYT
Mac 22, 2017 01:53 MYT
Tiga pelajar sekolah warga Perancis dilaporkan cedera dalam serangan yang berlaku berhampiran bangunan Parlimen di London.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh salah sebuah akhbar tempatan Le Telegramme, pelajar terbabit berusia dalam lingkungan 15 hingga 16 tahun dari Concarneau Lycee, Brittany yang terletak di selatan Perancis.
Perdana Menteri Bernard Cazeneuze turut mengesahkan perkara itu melalui akaun Twitter.
Akhbar itu turut melaporkan, saksi kejadian melihat tiga pelajar tersebut dirempuh kereta yang terlibat dalam serangan ketika sedang berjalan di Jambatan Westminster.