Tiga pejalan kaki cedera dirempuh van
Astro Awani
Julai 3, 2024 10:15 MYT
Julai 3, 2024 10:15 MYT
LIMA: Sekurang-kurangnya tiga cedera termasuk seorang remaja berusia 16 tahun selepas sebuah van pengangkutan awam merempuh landasan kereta api di Lima, Peru pada Selasa.
Van berkenaan dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh landasan berkenaan dan melanggar kesemua mangsa yang ketika sedang berjalan di kawasan berhampiran.
Rakaman CCTV daerah Ate menunjukkan van penumpang tidak rasmi itu dipandu dalam keadaan laju dan melanggar sebuah teksi yang diparkir.
Pemandu dan pemungut tambang dilihat melarikan diri selepas kemalangan itu.
Anggota polis yang berdekatan kemudian bergegas membantu mangsa dengan membawa pengusung.
Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan perubatan.