Tiga maut termasuk suspek insiden tembakan di Toronto

Bernama
Jun 18, 2024 07:40 MYT
Dua lelaki dan seorang wanita ditemukan mati di tempat kejadian, dengan seorang daripada lelaki itu dikenal pasti sebagai suspek, kata polis. - Gambar hiasan
OTTAWA: Seramai tiga orang maut dalam insiden tembakan di Toronto, Kanada pada Isnin, lapor Xinhua.
Polis menerima laporan berhubung kejadian sekitar 3.25 petang waktu tempatan (1925 GMT) di sebuah bangunan pejabat di kawasan Don Mills, menurut media tempatan.
Dua lelaki dan seorang wanita ditemukan mati di tempat kejadian, dengan seorang daripada lelaki itu dikenal pasti sebagai suspek, kata polis.
Pihak polis percaya berlaku pertengkaran sebelum kejadian tembakan berlaku.
Insiden itu menyebabkan sebuah pusat jagaan kanak-kanak dan sebuah sekolah rendah yang terletak berhampiran lokasi kejadian dikenakan sekatan sementara polis menjalankan siasatan.
Menurut laporan CBC News, menjelang 6.30 petang waktu tempatan (2230 GMT), semua kanak-kanak dari kedua-dua kemudahan itu telah dikembalikan kepada ibu bapa mereka.
-- BERNAMA
#kes tembakan #Kanada #Toronto #angka maut