Tiga maut, puluhan terperangkap insiden tanah runtuh di Pakistan

Astro Awani
April 18, 2023 07:30 MYT
Orang ramai mengalih batu besar dalam usaha mencari mangsa terperangkan susulan kejadian tanah runtuh di Pakistan. - Foto REUTERS
PESHAWAR: Sekurang-kurangnya tiga individu maut dan puluhan dikhuatiri terperangkan dalam kejadian tanah runtuh di timur tengah Pakistan.
Kejadian berlaku di Khyber Pass sekitar jam 2 pagi waktu tempatan, dipercayai akibat hujan lebat yang melanda kawasan itu.
Lebih daripada 20 lori telah tertimbus dalam insiden tanah runtuh ketika badai petir melanda Khyber Pass di Pakistan.
Menurut orang awam, kejadian mula disedari selepas mereka mendengar bunyi guruh yang kuat sehingga mengejutkan masyarakat setempat.
Selain itu, dua warga Afghanistan dilaporkan maut dan pihak berkuasa cuba untuk mengeluarkan mayat mangsa.
Tiga lagi individu berjaya diselamatkan namun seorang daripanya disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.
Pihak berkuasa menjangka angka kematian boleh meningkat susulan masih ramai yang terperangkap dalam kejadian tersebut.
Tanah runtuh terjadi pada awal Selasa di jalan utama yang menghubungkan Pakistan dengan Afghanistan, laluan transit utama untuk perdagangan antara kedua negara Asia Selatan dan Asia Tengah.
#tanah runtuh #Khyber Pass #hujan lebat #terperangkap
;