Tiga maut pesawat ringan langgar hangar

Astro Awani
Julai 31, 2023 09:15 MYT
Keadaan pesawat ringan Beechcraft P35 yang terhempas sebelum terbakar di Lapangan Terbang Cable. - Foto AP
CALIFORNIA: Seorang juruterbang dan dua penumpang maut selepas pesawat ringan melanggar hangar di lapangan terbang California sebelum terbakar pada Ahad.
Nahas melibatkan pesawat Beechcraft P35 berlaku kira-kira jam 6.30 pagi waktu tempatan di Lapangan Terbang Cable.
Anggota bomba San Bernardino County dikerah ke tempat kejadian dan mengesahkan tiga mangsa terkorban dalam kejadian itu.
Menurut polis, hangar tersebut mengalami kerosakan akibat insiden itu namun tiada mangsa lain dilaporkan cedera.
Nahas berkenaan kini disiasat FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB).
#pesawat ringan #Beechcraft P35 #Lapangan Terbang Cable #terhempas
;