Tiga maut nahas helikopter di Switzerland
Bernama
April 3, 2024 13:17 MYT
April 3, 2024 13:17 MYT
VIENNA: Tiga maut dalam nahas helikopter di Switzerland pada Selasa, menurut polis.
Polis berkata helikopter itu yang membawa enam orang, terhempas di tapak pendaratan gunung untuk bermain ski pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa). Selain juruterbang, seorang malim gunung dan empat pelanggannya turut menaiki helikopter B3.
Dua daripada mangsa yang cedera dilaporkan berjaya menerima rawatan segera sebelum diterbangkan ke sebuah klinik. "Orang ketiga juga diselamatkan kemudian," tambah polis.
Kemalangan itu berlaku di gunung Petit Combin, yang mempunyai ketinggian 3,600 meter. Lembaga Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan Switzerland telah melancarkan siasatan untuk menentukan punca kemalangan itu.
-- BERNAMA