Tiga maut, lima hilang selepas kapal bertembung dan karam
Khairunnisa Kasnoon
Disember 14, 2020 19:46 MYT
Disember 14, 2020 19:46 MYT
SEKURANG-KURANGYA tiga maut selepas dua kapal bertembung di muara Sungai Yangtze, China, pada tengah malam Ahad.
Menurut pihak berkuasa, pasukan penyelamat sedang mencari lima lagi kelasi yang masih hilang.
Dalam pada itu lapan kelasi yang lain berjaya diselamatkan.
Yangtze merupakan sungai paling sibuk di China, sebagai pusat perdagangan di Shanghai, yang menyatukan kapal dari semua arah.
Media tempatan melaporkan kapal kontena Oceana rosak sebelum tengah malam Ahad dan bertembung dengan kapal Xinqisheng 69 menyebabkannya terbalik dan tenggelam.
Kapal tersebut membawa 650 kontena kargo.