Tiga maut kereta api di India tergelincir
Astro Awani
Januari 13, 2022 06:59 MYT
Januari 13, 2022 06:59 MYT
BENGAL: Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan lebih 25 yang lain cedera apabila sebuah kereta api tergelincir daripada landasan pada Khamis di negeri Bengal barat, India.
Dilaporkan 12 gerabak kereta api itu terkeluar daripada landasan manakala tiga terbalik.
Pihak berkuasa tempatan mengarahkan siasatan terhadap punca insiden itu.
Ketika kejadian, kereta api itu dalam perjalanan ke Gauhati di negeri Assam dari Bikaner, sebuah bandar di negeri Rajasthan, apabila nahas berlaku di daerah Jalpaiguri.
Kesemua yang cedera sedang dirawat di hospital.
Nahas sedemikian adalah perkara biasa membabitkan rangkaian kereta api India yang dilaporkan perkhdimatannya semakin berusia.
Ini menimbulkan kebimbangan kerana sistem kereta api di India merangkumi 9,000 buah kereta api dan membawa kira-kira 23 juta penumpang setiap hari.
Pada 2016, 127 orang terbunuh apabila 14 gerabak tergelincir di Uttar Pradesh dalam salah satu insiden kereta api terburuk di India.