Tiga maut, kereta api bertembung di Indonesia
Agensi
Januari 5, 2024 12:10 MYT
Januari 5, 2024 12:10 MYT
JAKARTA: Sekurang-kurangnya tiga maut dalam kejadian kereta api komuter bertembung di Jawa Barat, Indonesia hari ini.
Reuters melaporkan, rakaman video yang disiarkan oleh MetroTV dan Kompas TV menunjukkan beberapa gerabak kereta api tergelincir dengan penumpang yang cedera dibantu keluar dari gerabak terbabit.
Pasukan polis berkata, mangsa yang cedera dibawa ke hospital menggunakan ambulans.
Ketua Pengarah Kereta Api, Kementerian Pengangkutan, Mohamad Risal Wasal, berkata mereka yang cedera termasuk dua kru pengendali kereta api terbabit.
Pihak berkuasa memaklumkan punca pelanggaran dan jumlah penumpang terlibat dalam kemalangan belum dapat dipastikan, tetapi kesemua mereka sudah berjaya dikeluarkan.