CHICAGO: Sekurang-kurangnya tiga lelaki maut manakala dua lagi cedera parah dalam kejadian tembakan di satu persimpangan di Chicago, Amerika Syarikat pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Chicago, Don Jerome, kejadian berlaku di Brighton Park pada jam 4 pagi ketika lebih 100 pemandu berkumpul untuk menyertai satu perlumbaan.
"Ketika kejadian terdapat kira-kira 100 kereta yang berkumpul di persimpangan itu," katanya.
Jelasnya lagi siasatan menerusi rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek melepaskan sekurang-kurangnya 13 tembakan ke arah kumpulan itu.
Kesemua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Holy Cross dan Hospital Mount Sinai bagi mendapatkan rawatan.
Tiga lelaki disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital, manakala dua lagi dalam keadaan kritikal namun stabil.
Ketika ini tiada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut sedang dilakukan.
Jelas Jerome, siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa maut merupakan ahli kongsi gelap dan polis sedang menjejaki dua suspek yang terlibat dalam insiden itu.
Astro Awani
Sun Oct 23 2022
Kawasan berlakunya kejadian tembakan di Chicago. - Foto AP
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
Serangan pengganas sasar kemudahan Turkish Aerospace Industries di ibu negara Turkiye
Satu serangan pengganas menyasarkan kemudahan Turkish Aerospace Industries (TAI) di ibu negara Turkiye, Ankara, kata seorang pegawai kanan Turkiye pada Rabu.
3 terbunuh dalam kejadian tembakan di Mississippi AS
Tiga orang terbunuh dan lapan yang lain cedera pada Sabtu dalam insiden tembakan semasa acara tunggangan di Holmes County.
Jerman kecam tembakan terhadap pos UNIFIL di Lubnan
Jerman sedang menunggu penjelasan penuh dengan segera dan telah berhubung dengan pihak Israel mengenai isu itu.
Lelaki bersenjata bunuh 6 peronda dalam tembakan rambang di Afrika Selatan - polis
Sekumpulan lapan lelaki bersenjata didakwa melepaskan tembakan ke arah 10 peronda komuniti pada Ahad malam kira-kira 22:45 waktu tempatan.
Enam maut, sembilan cedera ditembak lelaki bersenjata di Tel Aviv
Polis Israel melabelkan insiden itu sebagai serangan pengganas tetapi setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Sekurang-kurangnya 4 maut, 30 cedera dalam insiden tembakan di sekolah
Seorang remaja berusia 14 tahun akan didakwa atas tuduhan membunuh dan dibicarakan sebagai orang dewasa.
4 maut ditembak dalam kereta api di Chicago
Menurut laporan polis, kesemua mangsa dipercayai ditembak ketika sedang tidur di tempat duduk mereka.
Lelaki cedera dalam kejadian tembakan di Klang
Seorang lelaki cedera di punggung sebelah kiri dalam kejadian tembakan di sebuah restoran di Lebuh Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, di Klang pada 2.15 pagi, Jumaat lepas.
Polis sahkan kejadian tembakan di Bandar Sunway
Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Bandar Sunway dekat sini, petang tadi.
Suspek samun kedai emas di Plaza Metro Kajang ditembak mati
Suspek kes samun kedai emas di Plaza Metro Kajang, pada 17 Jun lalu ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di susur masuk ke Tol Sungai Balak, Lebuhraya SILK di Kajang, petang Selasa.