Tiga maut dalam keganasan terbaru di Pakistan

Astro Awani
Mei 25, 2013 08:17 MYT
Tiga maut selepas penyerang berani mati bertindak meletupkan diri berhampiran kenderaan yang dinaiki tokoh agama Afghanistan di Pakistan.
Kejadian berlaku berhampiran sebuah masjid di Peshawar.
Menurut pihak berkuasa, penyerang mensasarkan Haji Hayatullah yang juga pengetua Sekolah Agama Jamia Uloom Ul Islamia.
Dia bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami kecederaan, kerana berada dalam masjid kerana menunai solat Jumaat.
Berita selanjutnya dapat diikuti melalui video yang telah disediakan.
#Afghanistan #keganasan #masjid #Pakistan #peshawar
;