Tiga maut akibat Taufan Tropika John di Mexico
Astro Awani
September 25, 2024 08:15 MYT
September 25, 2024 08:15 MYT
MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya tiga maut banjir besar akibat hujan lebat yang melanda selatan Mexico susulan Taufan Tropika John pada Selasa.
Dalam pada itu, ribut melanda beberapa negeri di Mexico menyebabkan pokok tumbang, kerosakan tiang elektrik dan bumbung,
Kawasan yang terjejas adalah rumah kepada pelabuhan kargo dan beberapa resort pantai terbaik di negara itu.
Sekitar dua pertiga pengguna terputus bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi turut terjejas.
Di Oaxaca, lapangan terbang Puerto Escondido dan Huatulco, yang popular dalam kalangan pelancong, telah ditutup sementara.
Sementara itu, agensi perlindungan awam negeri memaklumkan kematian ketiga turut dilaporkan di kawasan pergunungan Guerrero, di daerah Malinaltepec.
Ketua perkhidmatan kecemasan negara, Laura Velazquez berkata taufan John boleh menyebabkan hujan lebat yang lebih dasyat di Guerrero iaitu di salah satu negeri termiskin di Mexico.