Tiga maut, 15 lagi terperangkap di bawah runtuhan lombong emas di Ghana

Bernama
Mei 27, 2021 09:42 MYT
Dua daripada mangsa runtuhan yang diselamatkan di bawa ke hospital dalam keadaan kritikal. - Gambar hiasan/PIXABAY
MOSCOW: Sebuah lombong emas haram di selatan Ghana runtuh menyebabkan tiga terkorban dan 15 lagi terperangkap di bawah runtuhan, lapor Sputnik memetik laporan media tempatan.
Dua daripada mangsa runtuhan yang diselamatkan di bawa ke hospital dalam keadaan kritikal, lapor akhbar Modern Ghana pada Rabu malam.
Sementara media lain melaporkan hingga 40 orang dilapor terperangkap.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
#Ghana #lombong emas haram #runtuhan #Hospital #selatan Ghana