Tiga maut, 13 cedera tembakan di sekolah

Astro Awani
November 26, 2022 07:30 MYT
Suspek dilaporkan turut menggunakan pistol dan revolver sebagai senjata untuk serangan. - Gambar hiasan
ARACRUZ: Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 13 yang lain cedera dalam insiden tembakan di dua sekolah berasingan di Brazil pada Jumaat.
Jelas pihak berkuasa, dua guru serta seorang pelajar menjadi korban dalam insiden berkenaan di Espirito Santo.
Suspek yang berusia 16 tahun itu merupakan bekas pelajar di sekolah berkenaan.
Dia kemudian ditahan pihak polis empat jam kemudian.
Namun pihak berkuasa tidak mendedahkan butiran suspek.
Suspek dilaporkan turut menggunakan pistol dan revolver sebagai senjata untuk serangan.
Tiga guru dan seorang pelajar lain dilaporkan kini parah dan dirawat di hospital serta akan jalani pembedahan.
Insiden tembak jarang berlaku di Brazil.
#serangan #sekolah #guru #bekas pelajar
;