Tiga hilang selepas helikopter Pengawal Pantai India terhempas di Laut Arab

Bernama
September 3, 2024 22:40 MYT
Tiga kru dilaporkan hilang selepas sebuah helikopter Pengawal Pantai India terhempas di Laut Arab berhampiran pantai Gujarat pada malam Isnin.- Gambar Sinar Harian
NEW DELHI: Tiga kru dilaporkan hilang selepas sebuah helikopter Pengawal Pantai India terhempas di Laut Arab berhampiran pantai Gujarat pada malam Isnin.
Helikopter itu dilaporkan sedang menjalankan misi bagi memindahkan seorang kru yang cedera di atas kapal tangki Motor Tanker Hari Leela, di luar pantai Porbandar.
"Helikopter itu cuba melakukan pendaratan cemas sebelum terhempas ke dalam laut. Seorang anggota berjaya diselamatkan, manakala usaha mencari tiga lagi anggota yang masih hilang sedang dijalankan," kata Pengawal Pantai pada Selasa.
Sebanyak empat kapal dan dua pesawat terlibat dalam usaha menyelamat.
-- BERNAMA
#pendaratan cemas #kapal tangki #usaha menyelamat #India