Tiga ditembak perhimpunan Hari Pekerja bertukar menjadi rusuhan
Astro Awani
Mei 1, 2023 07:30 MYT
Mei 1, 2023 07:30 MYT
SANTIAGO: Sekurang-kurangnya tiga cedera manakala dua lagi ditahan susulan pertempuran antara pihak polis dan kumpulan protes di Santiago, Chile pada Isnin.
Kejadian berlaku ketika perhimpunan Hari Pekerja diadakan.
Pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan protes.
Keadaan menjadi tidak terkawal apabila sebahagian peserta protes menggunakan kekerasan dalam demonstrasi mereka dengan melempar batu ke arah pihak polis.
Perhimpunan itu dianjurkan oleh Kesatuan Sekerja Chile yang menuntut kestabilan ekonomi dan pekerjaan serta hak-hak pekerja di negara berkenaan.
Protes turut berlangsung serentak di bandar-bandar utama lain.
Antara tuntutan kesatuan tersebut adalah berkenaan peningkatan gaji minimum ke 500,000 peso Chile menjelang tahun 2024, pengurangan hari berkerja dan pelaksanaan cukai terhadap golongan kaya.