Tiga ditahan susulan insiden kereta meletup di hospital Liverpool

Bernama
November 15, 2021 12:05 MYT
Anggota polis dilihat memindahkan penduduk di Sefton Park susulan insiden letupan yang berlaku di hadapan Hospital Wanita Liverpool. - Foto AP
LONDON: Tiga orang ditahan susulan kejadian insiden sebuah kereta meletup di luar sebuah hospital di bandar Liverpool pada Ahad, menyebabkan seorang maut manakala seorang lagi cedera, kata polis.
Terdahulu, menurut polis Merseyside sebuah kereta meletup berhampiran sebuah hospital wanita di Liverpool. Siasatan sedang dijalankan yang turut melibatkan detektif dari jabatan antikeganasan, lapor Sputnik.
"Pegawai di Merseyside menahan tiga lelaki - berusia 29, 26 dan 21 - di kawasan Kensington, Liverpool di bawah Akta Keganasan," ciap polis Greater Manchester.
Sementara itu, Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson menyifatkan kejadian itu sebagai "insiden mengerikan".
BACA: Seorang maut, teksi meletup di Liverpool
"Doa dan ingatan saya kepada mangsa yang terlibat. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada perkhidmatan kecemasan atas tindak balas pantas dan profesionalisme mereka serta kepada anggota polis yang menjalankan siasatan," ciap tweet Johnson.
-- BERNAMA
#meletup #kereta #Hospital #Boris Johnson
;