Tiga cedera dalam insiden tikaman di The Hague

Astro Awani
November 30, 2019 10:30 MYT
Polis Belanda menghalang orang ramai memasuki jalan di mana terjadinya insiden tikaman di tengah The Hague, Belanda, 29 Nov, 2019. (Foto AP)
POLIS Belanda mengesahkan tiga orang cedera dalam insiden tikaman di bandar The Hague pada Jumaat.
Insiden berlaku di lokasi tumpuan utama membeli belah, ketika pengunjung sibuk meraikan Black Friday.
Polis memaklumkan, suspek dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.45 malam itu, kini sedang diburu.
Insiden berkenaan bagaimanapun belum diklasifikasikan sebagai insiden berkaitan pengganas.
Tiada butiran lanjut dikeluarkan polis berhubung kejadian tersebut.
Kawasan tersebut ketika ini dikawal ketat puluhan polis dan dihalang dari dimasuki orang awam.
Beberapa ambulans turut dilihat berada di lokasi kejadian.
Semua mangsa dikenalpasti sebagai kanak-kanak di bawah umur dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan, kata polis dalam satu kenyataan.
"Buat masa ini, kami masih sedang menjejak suspek. Setakat ini, tiada siapa yang ditahan," kata jurucakap polis, Marije Kuiper kepada pemberita.
#Belanda #Black Friday #cedera #Hospital #Kanak-kanak #lokasi membeli belah #mangsa #Netherlands #pengganas #polis #serangan #suspek #The Hague #tikam
;