Tiga cedera bangunan dalam pembinaan runtuh di Ohio
Astro Awani
November 25, 2019 07:36 MYT
November 25, 2019 07:36 MYT
Sekurang-kurangnya tiga orang cedera selepas sebuah bangunan dalam pembinaan runtuh di Cincinnati, Ohio.
Kejadian tersebut berlaku pada jam 1 petang Isnin waktu tempatan berdekatan Vine Street.
Menurut pihak berkuasa di lokasi, pekerja ketika itu sedang menuang simen untuk konkrit di tingkat enam bangunan itu sebelum runtuhan berlaku.
Tiga pekerja kontrator yang berada di tingkat lima mengalami kecederaan.
Pihak bomba berkata, dua daripada mereka cedera parah manakala seorang lagi hanya cedera ringan, namun keadaan kesemua mereka kini stabil.
Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan kerana pihak berkuasa khuatir sekiranya masih terdapat mangsa di bawah runtuhan.
#bangunan dalam pembinaan
#bangunan runtuh
#cedera
#Cincinnati
#mangsa
#mencari dan menyelamat
#Ohio
#operasi
#runtuhan
#simen