Tiga anak, tiga cucu pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh maut dalam serangan udara Israel

Agensi
April 10, 2024 05:00 MYT
Ismail Haniyeh mengesahkan, tiga anak dan tiga cucunya menjadi mangsa korban terbaharu dalam serangan udara tentera Israel. - Gambar fail AP
BAITULMAQDIS: Tiga anak dan tiga cucu pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh mati syahid dalam serangan udara tentera Israel.
Perkara itu disahkan Ismail Haniyeh kepada Al Jazeera pada Rabu.
Tiga anak lelaki beliau yang terkorban ialah Hazen Haniyeh, Amir Haniyeh dan Muhammad Haniyeh.
Sementara tiga cucu Ismail pula dikenali sebagai Amal iaitu anak kepada Hazem sementara Khaled dan Razan merupakan anak Amir.
Beliau memberitahu, kesemua mangsa terkorban ketika menaiki kereta untuk melawat saudara mara mereka di kem pelarian Al-Shati di utara Gaza, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pemimpin Hamas itu mengecam tindakan Zionis dan menegaskan pemimpin Palestin tidak akan berganjak sekiranya keluarga dan rumah mereka menjadi sasaran.
"Saya pasti serangan ini adalah 'perang balas dendam' dan atas dasar genosid," kata beliau lagi kepada Al Jazeera.
Sementara itu, seorang jurucakap Palestin memaklumkan, 125 mayat rakyat Palestin tiba di beberapa hospital di sekitar Gaza dalam tempoh 24 jam.
#Israel #Hamas #mati syahid #Perang Palestin-Israel #Ismail Haniyeh
;