Tidak tahan leteran, anak nekad serkup muka ibu hingga mati

Agensi
Julai 10, 2019 20:51 MYT
Suspek, Saing Kyi Myint, 34 tahun ditahan selepas menerima laporan oleh penduduk setempat. Foto: Facebook/ Yangon Police
SEORANG lelaki yang tidak sanggup lagi terus-menerus dimarahi ibunya telah bertindak sesuatu yang di luar dugaan, dan lebih malang, perbuatannya jatuh dalam kategori jenayah membunuh
Akibat tidak tahan leteran, lelaki itu nekad membunuh ibu dengan menyerkup muka ibunya itu menggunakan bantal.
Kejadian yang berlaku di Myanmar ini menggemparkan penduduk daerah Dagon Seikkan apabila mayat Daw Htwe Kyi dijumpai di rumahnya dalam keadaan lebam.
Pihak polis Yangon dalam satu kenyataan menerusi Facebook berkata, Saing Kyi Myint, 34 tahun, ditahan selepas menerima laporan oleh penduduk setempat.
Memetik laporan portal tempatan, Coconuts Yangon, hasil siasatan mendapati suspek bertindak demikian akibat terima bebelan oleh ibunya yang tidak tahan dengan sikap Myint yang ‘kaki botol’ dan tiada haluan dalam hidup.
Kes diklasifikasikan sebagai pembunuhan yang tidak disengajakan dan pendakwaan akan dilakukan terhadap Myint.
Jika sabit kesalahan, suspek bakal dikenakan hukuman mati mandatori.
#bantal #bunuh #ibu #leteran #membebel #Myanmar #Saing Kyi Myint #Yangon
;