Tidak perlu pakai pelitup muka di Hong Kong mulai 1 Mac

Bernama
Februari 28, 2023 12:55 MYT
Data menunjukkan keadaan wabak yang terkawal, selain tiada penularan wabak berlaku di hospital dan sekolah. - AP
HONG KONG: John Lee, ketua eksekutif Hong Kong pada Isnin mengumumkan mandat pemakaian pelitup muka di Hong Kong ditamatkan mulai 1 Mac, lapor Xinhua.
Lee memberitahu taklimat akhbar sebelum mesyuarat majlis eksekutif bahawa keputusan itu diambil berdasarkan beberapa pertimbangan.
Ia termasuk data yang menunjukkan keadaan wabak yang terkawal, pelaksanaan penghalang antiwabak yang komprehensif selain tiada penularan wabak berlaku di hospital dan sekolah.
Mulai Rabu, orang ramai tidak lagi perlu memakai pelitup muka di luar dan di dalam rumah serta dalam pengangkutan awam, namun orang ramai perlu memakainya di tempat berisiko tinggi seperti hospital dan pusat penjagaan, kata Lee.
-- BERNAMA
#pelitup muka #Hong Kong #penularan wabak #COVID-19
;