Tidak dapat telefon bimbit di hari lahir, remaja nekad bunuh dan bakar diri

Agensi
September 8, 2018 16:42 MYT
Sebelum kejadian Malathi anak perempuan kepada Mason gembira serta memotong kek dengan sanak saudara dan rakan-rakannya. - Gambar hiasan
Gara-gara kecewa tidak menerima hadiah telefon bimbit daripada bapanya, seorang pelajar nekad membunuh dengan membakar dirinya di rumah mereka di GKM, Colony, Kolathur, Chennai.
Kejadian itu berlaku kira-kira beberapa minit selepas sambutan ulang tahunnya berakhir pada malam Khamis lalu.
Jurucakap pegawai polis berkata, sebelum kejadian Malathi anak perempuan kepada Mason gembira serta memotong kek dengan sanak saudara dan rakan-rakannya.
"Selepas rakan-rakannya meninggalkan rumah, dia meminta telefon bimbit daripada bapanya yang telah berjanji memberikan hadiah sempena hari lahir ke 18 tahun.
"Bapa mangsa kemudian cuba menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membelikan telefon bimbit dan akan menunaikan janjinya bulan depan," kata pegawai polis.
Mangsa kemudian mengunci pintu lalu cuba membunuh dengan membakar diri sebelum ahli keluarga berjaya memecahkan pintu bilik dan membawa remaja tersebut ke Hospital Perubatan Kilpauk, Chennai sebelum dilaporkan meninggal dunia.
Tambah jurucakap pegawai polis, Malathi terdesak mahu bapanya membelikan telefon bimbit selepas melihat rakannya memuat naik beberapa keping gambar dan pesanan di media sosial.
Jurucakap menambah, Malathi turut memaklumkan bahawa telefon bimbit itu amat diperlukan bagi urusan pengajian kerana boleh bertukar bahan pembelajaran dengan rakan sekelas.
Bagaimanapun, bapa mangsa enggan membelikannya telefon.
#bakar diri #bunuh #bunuh diri #Chennai #GKM Colony #Kolathur #Malathi #Mason #polis
;