Tidak bayar sewa, tuan rumah bunuh penyewa Airbnb
Agensi
Mac 19, 2019 12:33 MYT
Mac 19, 2019 12:33 MYT
Hanya kerana tidak menjelaskan bayaran sewa rumah Airbnb berjumlah RM856 ( AUS$210), Ramis Jonuzi telah dibunuh oleh tuan rumahnya, Jason Colton pada Oktober 2017.
Kejadian tersebut berlaku ketika Jonuzi sedang bersiap sedia untuk keluar dari rumah tersebut.
Hakim Elizabeth Hollingworth menyifatkan serangan Colton, 42, itu sebagai satu tindakan yang pengecut dan ganas.
“Tindakan anda itu merupakan satu tindakan yang pengecut dan ganas sehingga menyebabkan kematian,” katanya.
Menurut laporan media antarabangsa, mahkamah turut mendakwa dua rakan serumahnya yang terlibat dalam insiden tersebut.
Colton didakwa telah memukul serta mencekik mangsa sehingga menyebabkan kematian.
Dia juga mengaku bersalah atas pembunuhan, namun memberitahu pembunuhan itu dilakukannya tanpa niat.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun ke atas Colton.